Pada 18 Mac- 21 Mac 2010 yang lalu bersamaan dengan 2-5 Rabiul Akhir 1482 Hijrah, seramai 6 orang MT BADAR KUSESS telah mewakili Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor untuk mengikuti Nadwah Kepimpinan Islam kali ke-30 yang berlangsung selama 4hari 3 malam di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam ( Intersaber ). Saya, Ustazah Aizan Hazrina bt. Ahmad telah mengiringi peserta- peserta NKI kali ini.
Kami memulakan perjalanan pada jam 1.00 petang dengan menaiki van sekolah. Kami tiba di sekolah Intersaber pada jam 3.00 petang dan kami telah disambut meriah oleh pelajar- pelajarnya. Seterusnya semua peserta mendaftarkan diri untuk penginapan di asrama serta pembahagian kumpulan usrah masing-masing. Para pelajar diberi peluang untuk beristirehat sebentar di kamar masing-masing sebelum program bermula pada malam tersebut. Kursus ini tamat pada jam 2.00 petang pada hari Ahad tersebut.
Menurut Mohd Solehuddin ( Pengerusi BADAR ) mereka berjaya melaksanakan segala aktiviti yang dirancang dengan baik. Mereka juga dibawa ke tempat-tempat menarik yang ada di Sabak Bernam antaranya kilang kerepek, kebun mangga, ladang ternakan lembu, politeknik, ILDAS dan sebagainya. Mereka semua dapat menimba ilmu dan pengalaman baru yang dapat dikongsi bersama dengan rakan- rakan di KUSESS.
No comments:
Post a Comment