DARI SAHABAT BUAT SAHABAT

Wasiat Saidina Ali karamallahu wajhah:"Apabila kamu merasa letih kerana melakukan kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dgn melakukan dosa (maksiat) maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan tetap berkekalan.

"Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :~Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, ~Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, ~Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,~dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu..(",) ~

Wednesday, August 18, 2010

Lambaian tetamu Allah





Pada 21 Julai 2010 bersamaan 9 Sya'ban 1431H, Para pelajar islam SMSKS tingkatan 4 dan 5 telah mengikuti program 'Lambaian Tetamu Allah' yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji cawangan Tanjung Karang.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai cara menunaikan haji dan umrah dengan betul selain memberi semangat kepada para pelajar untuk melaksanakan salah satu rukun islam iaitu menunaikan ibadah haji.

Pada hari tersebut, para pelajar telah berkumpul di Dewan Prima. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rosminah binti Yamin,Pengetua Cemerlang SMSKS. Program dimulakan dengan kuliah dasar yang bertajuk 'Panggilan Tetamu Allah' yang telah disampaikan oleh salah seorang Pegawai Agama Tabung Haji cawangan Tanjung Karang.

Selepas itu, para pelajar melakukan praktikal ibadah umrah dan haji bertempat di padang sekolah. Para pelajar lelaki siap dengan pakaian ihramnya manakala pelajar perempuan bertelekung. Program ini juga diikuti oleh beberapa orang guru. Program ini berakhir lebih kurang jam 2.00 petang.

Segala pembelajaran yang dipelajari sememangnya dapat memberi impak dan kesan positif kepada para pelajar agar menanamkan hasrat yang tinggi untuk menunaikan haji yang mabrur pada usia yang muda.

No comments:

Post a Comment