DARI SAHABAT BUAT SAHABAT

Wasiat Saidina Ali karamallahu wajhah:"Apabila kamu merasa letih kerana melakukan kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dgn melakukan dosa (maksiat) maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan tetap berkekalan.

"Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :~Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, ~Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, ~Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,~dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu..(",) ~

Thursday, October 21, 2010

Demi masa

Masa berlalu terlalu pantas.....


Rasanya macam baru je buat rancangan pengajaran tahunan 2010. tup..tup.. hari ni dah nak kena buat RPT 2011 pula.


Rasanya macam baru je nak berkenalan- kenalan dengan para pelajar 4B, 4M dan 4N. Tup.. tup... hari ni mereka telah selesai menjalani Ujian Diagnosik @ Peperiksaan Akhir tahun.


Rasanya macam baru je merancang untuk buat kelas study terancang, kelas tambahan, kelas icu. tup.. tup... hari ini mereka sedang menjalani jadual PASCA setelah menduduki PMR.

Wednesday, August 18, 2010

Lambaian tetamu Allah





Pada 21 Julai 2010 bersamaan 9 Sya'ban 1431H, Para pelajar islam SMSKS tingkatan 4 dan 5 telah mengikuti program 'Lambaian Tetamu Allah' yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji cawangan Tanjung Karang.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai cara menunaikan haji dan umrah dengan betul selain memberi semangat kepada para pelajar untuk melaksanakan salah satu rukun islam iaitu menunaikan ibadah haji.

Pada hari tersebut, para pelajar telah berkumpul di Dewan Prima. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rosminah binti Yamin,Pengetua Cemerlang SMSKS. Program dimulakan dengan kuliah dasar yang bertajuk 'Panggilan Tetamu Allah' yang telah disampaikan oleh salah seorang Pegawai Agama Tabung Haji cawangan Tanjung Karang.

Selepas itu, para pelajar melakukan praktikal ibadah umrah dan haji bertempat di padang sekolah. Para pelajar lelaki siap dengan pakaian ihramnya manakala pelajar perempuan bertelekung. Program ini juga diikuti oleh beberapa orang guru. Program ini berakhir lebih kurang jam 2.00 petang.

Segala pembelajaran yang dipelajari sememangnya dapat memberi impak dan kesan positif kepada para pelajar agar menanamkan hasrat yang tinggi untuk menunaikan haji yang mabrur pada usia yang muda.

Tuesday, August 17, 2010


Pada 18 Mac- 21 Mac 2010 yang lalu bersamaan dengan 2-5 Rabiul Akhir 1482 Hijrah, seramai 6 orang MT BADAR KUSESS telah mewakili Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor untuk mengikuti Nadwah Kepimpinan Islam kali ke-30 yang berlangsung selama 4hari 3 malam di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam ( Intersaber ). Saya, Ustazah Aizan Hazrina bt. Ahmad telah mengiringi peserta- peserta NKI kali ini.

Kami memulakan perjalanan pada jam 1.00 petang dengan menaiki van sekolah. Kami tiba di sekolah Intersaber pada jam 3.00 petang dan kami telah disambut meriah oleh pelajar- pelajarnya. Seterusnya semua peserta mendaftarkan diri untuk penginapan di asrama serta pembahagian kumpulan usrah masing-masing. Para pelajar diberi peluang untuk beristirehat sebentar di kamar masing-masing sebelum program bermula pada malam tersebut. Kursus ini tamat pada jam 2.00 petang pada hari Ahad tersebut.

Menurut Mohd Solehuddin ( Pengerusi BADAR ) mereka berjaya melaksanakan segala aktiviti yang dirancang dengan baik. Mereka juga dibawa ke tempat-tempat menarik yang ada di Sabak Bernam antaranya kilang kerepek, kebun mangga, ladang ternakan lembu, politeknik, ILDAS dan sebagainya. Mereka semua dapat menimba ilmu dan pengalaman baru yang dapat dikongsi bersama dengan rakan- rakan di KUSESS.

Sunday, March 14, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.

Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Cerita Rasulullah dan Buah Limau

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti tergiur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak heran dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'tahukan kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam saat saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. sebab itu saya habiskan semuanya'.

Begitulah akhlak rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berhasil. Rencananya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. Subnahallah..

Tuesday, February 9, 2010

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.