DARI SAHABAT BUAT SAHABAT

Wasiat Saidina Ali karamallahu wajhah:"Apabila kamu merasa letih kerana melakukan kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dgn melakukan dosa (maksiat) maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan tetap berkekalan.

"Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :~Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, ~Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, ~Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,~dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu..(",) ~

Monday, November 30, 2009

TERIMALAH AKU SEADANYA

Andai satu hari nanti, Kita ditakdirkan bersama, Melayari bahtera kehidupan, Usah kau impikan selaut sutera keindahan, Usah kau igaukan kasih yang mengunung tanpa puncak, Juga usah kau harapkan Kesempurnaan diri ini..

Aku bukan Siti Khadijah, Mahupun permata Siti Fatimah, Aku bukan Siti Aisyah, Mahupun Ummul Mukminin lain, Bukan juga Rabiatul Adawiyah, Wanita sufi terpuji, Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam, Masyitah, Asiah, Sumaiyah..

Mengertilah dengan waras keislaman, Aku hanyalah wanita akhir zaman, Yang masih cuba mempertahankan maruah, Dan kesucian diri sebagai muslimah, Berlandaskan garisannya, Dalam mengharungi kegawatan masa kini, Yang serba palsu dan penuh onak duri, Dengan kemampuan sekuman cuma..

Demi keranaNya semata, Tidak kutagih apa-apa darimu, Cuma ku pohon sebuah pengertian,Dan kasih sayang suci, Bahawa aku adalah amanat untukmu..Andai ditakdirkan kita bersama (",)

TANYA HATI

Bertanya aku pada diri, apa sebenarya merunsing hati?..apa sebenarnya mengunci fikir ini?..ku selam-selam lautan hati, ku cari-cari rasa apakah ini, ku fikir-fikir, ku jangka-jangka, bertemu jawapankah aku akhirnya?..

Ku teroka luas ruang memori,ku belek-belek diari hidup ini, semalam yang dulu, hariku kini, apa terjadi? apa yang menjadi..ku pandang jauh ke dalam diri, ku ingat-ingat rasa di hati, ku sentuh lembut waras fikir ini, ku susun atur cebis-cebis memori, entah mengapa dan bagaimana, jawapannya telah lama ada (rupanya!)..

Rupa-rupanya aku pelupa, lama aku tak hiraukannya, minda ku ini jadi tak upaya, resah di hati terus meraja, kerana 'ia' sedang derita..jiwa, hati, nyawa jasadku ini, sedang haus, sedang lapar, sedang tandus, lemah, terketar-ketar..meminta air, merayu bekalnya, menagih simpati aku si empunya...

'Ia' minta aku ada, terjaga dan kembali semula, pada Dia satu-satunya, kasih dan cinta yang selamanya!..'ia' pinta aku pergi, mencuci dosa, memohon ampunNya, ubah cintaku, pulangkannya kembali, pada Dia, dan Dia saja mesti! dulu 'ia' berbisik-bisik, kini 'ia'menjerit-jerit, "pulang 'aku' pulang" "kembali 'aku' ke pangkal jalan" "sudah lama 'aku' berjauhan" "nah! kembalilah penuh kerinduan!" jeritan 'ia' ku dakap erat, kata-kata 'ia' jadi azimat, ku kata pada diri..

Kembalilah pada matlamat, pada asal diri, pada Dia yang hakiki.. hanya pada Dia bisa jumpa damai, hanya dengan Dia bisa ketemu bahagia..hanya punya 'ia' dari hidayahNya, disiram cahaya ilmu dan taqwa, bisa aku temukan penawarnya, ubat hati yang parah terluka, akibat alpa..'ia' ku biarkan terus tipis, dengan dosa noda dunia, dengan asyik melupakanNya! hai aku!..usah biar diri ini terus diracun dunia, kembalikan aku berpijak di bumi nyata, menjunjung langit redhaMu sentiasa..

Ampuni aku Tuhan, sucikan noda jiwaku ar-Rahman, aku ingin kembali, jangan tinggal aku sendiri..tidak ada daya dan kekuatan, tidak dapat tidak, hanya denganMu ya ar-Rahman! kembalilah damai hati, kembalilah tenang fikir ini, kembalilah 'ia' menunjuk jalan, menujuMu ar-Rahman penuh kecintaan, mencari ampunan penuh keredhaan..

*’ala bidzikrillahi tatmainnal quluub > ar-ra'd:28* khaleel el-wafy

SANTAPAN MINDA

1. Sebaik- baik iman adalah amal, sebaik- baik amal adalah insan, sebaik- baik insan adalah yang pemurah, semurah- murah sedekah adalah senyuman, sebaik- baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa.

2. Salah satu contoh orang yang kuat imannya adalah orang yang dapat menahan marah dan cepat pula menghilangkan kemarahannya serta mudah memaafkan orang lain.

3. Di antara golongan orang yang dibenci Allah ialah orang yang sudah tua tetapi masih sibuk berzina, orang miskin yang sombong dan hartawan yang zalim.

4. Kata orang- orang alim, barang siapa mengamalkan memakan buah tamar/ kurma setiap hari walaupun sebiji, nescaya dia tidak akan berasa lapar

5. Jangan merasa malu untuk meminta kepada Allah selalu kerana kita adalah hambaNya yang lemah serta banyak kekurangan

Friday, November 6, 2009

BUAT RENUNGAN......

1. Syarat untuk bertemu dengan Tuhan adalah dengan mati. Samada mati dengan ajal ataupun mati sebelum ajal tetapi tentunya tidak dengan mati akal.

2. Bila kita diuji dengan kemiskinan, kita mampu untuk bersabar. Tetapi bila kita diuji dengan kesenangan, kita mudah lupa dan alpa. Biarlah kita hidup dalam kesederhanaan.

3. Insan yang bijak adalah yang sering mengingati mati, susunan hidup teratur, silaturrahim dijaga dan amanah terlaksana, tidak lalai dengan keindahan dunia yang sementara.

4. Al- Quran itu adalah panduan hidup. Andai kita menghadapi kemusykilan, rujuklah kepadanya dengan penuh harap walau hanya merenung huruf- hurufnya sahaja.

5. Wang bukanlah segala- galanya dalamkehidupan tapi segala- galanya memerlukan wang. Hiduplah atas Qada' dan Qadar Allah dengan kesyukuran dan keredhaan agar kita tidak tertipu

Tuesday, October 27, 2009

BENGKEL PEMBINAAN BAHAN ICT PENDIDIKAN ISLAM


Bermula semalam 27hb Oktober, saya telah mengikuti mesyuarat dan bengkel bahan ict pendidikan Islam. Bengkel ini amat memberi manfaat kepada semua peserta bengkel yang terdiri daripada ketua- ketua panitia pendidikan islam sekolah- sekolah menengah daerah kuala selangor.

Fasilitator kami adalah En. Azlan dari PKG Kuala Selangor. Kami telah diajar cara- cara membuat bahan P&P menggunakan perisian Adobe Photoshop PC3. Pada mulanya, memang memeningkan kepala, tapi syukur alhamdulillah akhirnya kami berjaya menghasilkan bahan seperti yang dikehendaki oleh Ustaz Abdul Rahman bin Haji Amran, Ketua Unit Pendidikan Islam, PPD Kuala Selangor.

Nak lihat hasil kerja saya...

Monday, October 19, 2009

Peertandingan Surau

Hari Khamis 22hb Oktober pertandingan surau peringkat daerah akan berlangsung. Kusess memenangi tempat pertama dalam pertandingan ini selama 3 tahun berturut- turut. Insya Allah, tahun ini kemenangan akan kekal menjadi milik kami.

Sunday, October 18, 2009

Majlis Perpisahan Ustaz Nordin bin Mohd Tohir

Hari ini merupakan hari terakhir Ustaz Nordin di Kusess. Rasa sebak dan sedih menyelubungi semua warga kusess terutamanya para pelajar tingkatan 3 kerana beliau merupakan seorang guru yang berkaliber dan berdedikasi tinggi. Ustaz Nordin telah dinaikkan pangkat sebagai PK HEM di SAS. Namun , di sebalik rasa sedih itu, kami tumpang gembira dengan kejayaan ustaz. Kami doakan agar ustaz terus cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Tuesday, October 13, 2009

sembelihan

Pada hari Khamis, 15 Oktober yang lalu, para pelajar tingkatan 4 telah menjalani amali sembelihan. Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Antaranya, pelajar lelaki ditugaskan untuk menyembelih ayam. Sementara pelajar perempuan ditugaskan untuk memasak sup ayam dan begedil. Program ini sangat berjaya kerana mendapat kerjasama semua pihak.

Belajar Buat Blog

Hari ini, saya telah belajar cara- cara membuat blog dari cikgu Radin Fuad, guru Sains dan Matematik Kusess. Mula- mula pening juga. Tapi akhirnya, berjaya. Syukur alhamdulillah.