Ustazah Aizan
DARI SAHABAT BUAT SAHABAT
"Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :~Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, ~Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, ~Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,~dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu..(",) ~
Tuesday, June 28, 2011
Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj
Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.
“Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)
Alhamdulillah, peristiwa ini banyak menyedarkan dan memberi pengajaran.. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang suka menangguhkan ‘T A U B A T’. Kita tidak tahu, bilakah masanya Allah Subhanahu Wata’ala akan perintahkan jantung kita untuk berhenti bekerja, langsung anggota tubuh badan yang lain pun akur lalu nyawa pun dicabut..?
Wednesday, April 13, 2011
Kasih Ayah
Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung daripada beliau.
"Untuk apa?", tanya si ayah. "Nak bungkus hadiah", jawab si kecil.
"Jangan dibuang-buang ya", pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, "Yah, Ayah... ada hadiah untuk Ayah."
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, "Sudahlah.... nanti nanti saja."
Tetapi si kecil pantang menyerah, "Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi."
"Eh... kenapa ganggu ayah... masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun."
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.
"Hadiah apa ni?"
"Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang."
Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
"Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu"
Si kecil menjawab, "Tak Ayah, ada isi tu... tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah."
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya lalu dipeluk dan diciumnya.
"Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini.
Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!"
Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun dan menganggapnya sebuah kotak kosong.
Wanita menangis
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:
01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "
07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."
Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.
Thursday, October 21, 2010
Demi masa
Wednesday, August 18, 2010
Lambaian tetamu Allah
Pada 21 Julai 2010 bersamaan 9 Sya'ban 1431H, Para pelajar islam SMSKS tingkatan 4 dan 5 telah mengikuti program 'Lambaian Tetamu Allah' yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji cawangan Tanjung Karang.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai cara menunaikan haji dan umrah dengan betul selain memberi semangat kepada para pelajar untuk melaksanakan salah satu rukun islam iaitu menunaikan ibadah haji.
Pada hari tersebut, para pelajar telah berkumpul di Dewan Prima. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rosminah binti Yamin,Pengetua Cemerlang SMSKS. Program dimulakan dengan kuliah dasar yang bertajuk 'Panggilan Tetamu Allah' yang telah disampaikan oleh salah seorang Pegawai Agama Tabung Haji cawangan Tanjung Karang.
Selepas itu, para pelajar melakukan praktikal ibadah umrah dan haji bertempat di padang sekolah. Para pelajar lelaki siap dengan pakaian ihramnya manakala pelajar perempuan bertelekung. Program ini juga diikuti oleh beberapa orang guru. Program ini berakhir lebih kurang jam 2.00 petang.
Segala pembelajaran yang dipelajari sememangnya dapat memberi impak dan kesan positif kepada para pelajar agar menanamkan hasrat yang tinggi untuk menunaikan haji yang mabrur pada usia yang muda.
Tuesday, August 17, 2010
Pada 18 Mac- 21 Mac 2010 yang lalu bersamaan dengan 2-5 Rabiul Akhir 1482 Hijrah, seramai 6 orang MT BADAR KUSESS telah mewakili Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor untuk mengikuti Nadwah Kepimpinan Islam kali ke-30 yang berlangsung selama 4hari 3 malam di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam ( Intersaber ). Saya, Ustazah Aizan Hazrina bt. Ahmad telah mengiringi peserta- peserta NKI kali ini.
Kami memulakan perjalanan pada jam 1.00 petang dengan menaiki van sekolah. Kami tiba di sekolah Intersaber pada jam 3.00 petang dan kami telah disambut meriah oleh pelajar- pelajarnya. Seterusnya semua peserta mendaftarkan diri untuk penginapan di asrama serta pembahagian kumpulan usrah masing-masing. Para pelajar diberi peluang untuk beristirehat sebentar di kamar masing-masing sebelum program bermula pada malam tersebut. Kursus ini tamat pada jam 2.00 petang pada hari Ahad tersebut.
Menurut Mohd Solehuddin ( Pengerusi BADAR ) mereka berjaya melaksanakan segala aktiviti yang dirancang dengan baik. Mereka juga dibawa ke tempat-tempat menarik yang ada di Sabak Bernam antaranya kilang kerepek, kebun mangga, ladang ternakan lembu, politeknik, ILDAS dan sebagainya. Mereka semua dapat menimba ilmu dan pengalaman baru yang dapat dikongsi bersama dengan rakan- rakan di KUSESS.
Sunday, March 14, 2010
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL
Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
• Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
• Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
• Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
• Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
• Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
• Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
• Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.